Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com lifestyle on the net was here to say hello...!
astaga.com lifestyle on the net: I really enjoyed read your article, thanks (hot lifestyle news & Trick Magic Illusions)
astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com main kemari tuk sekedar senyum
Amir Hamzah: Jemputlah membaca sajak di blog saya. Terbaru, Sajak Buat Ayah
Nathalie: Welcome to the neighborhood. I hope you enjoy journaling as much as we do. If you are looking for helpful website resources I have a link to lots helpful sites! Good Luck and Best Wishes
GirlyGurl: Welcome to the community!

Please type in the four characters shown in the black box.

November 22nd, 2005

02:35:44 PM

Impian Fatihah, oleh Melipriapapa MH

  • Perasaan Hari Ini:
  • Hikmah Pujangga: It's better to lose your pride to the one you love, than to lose the one you love because of pride.

Pagi tadi, ketika Wariman bersiap ke sekolah, Fatihah adiknya masih keletah macam hari-hari biasa, masih rajin dan kalut mengingatkannya supaya semua peralatan tidak tercicir.

"Penselnya dah ada, bang?"

"Dah."

"Pembaris?"

"Dah."

"Getah pemadam?"

"Dah. Semuanya dah abang masukkan ke dalam beg."

"Belajar rajin-rajin, bang. Nanti abang jadi pandai. Dah besar jadi cikgu dapat tolong ayah ibu," pesan Fatihah.

"Adik ni kalau fasal cakap bukan main bijak. Kalah mak nenek."

"Adik hanya ingatkan abang saja. Takut abang terlupa. Di sekolah nanti abang juga yang kelam kabut."

"Abang tau."

"Abang marah?"

"Tak."

"Mana ibu?"

"Di dapur."

"Abang dah lambat ni."

"Eh, abang belum ambil bekal?"

"Belum."

"Kalau macam tu biar adik ambilkan."

"Jangan lupa bekas airnya sekali!"

Fatihah berlari ke dapur. Sejurus kemudian dia muncul semula membawa bekalan dan air Wariman.

"Apa yang ibu bekalkan ni?"

"Nasi goreng."

"Ibu tak beri duit?"

Fatihah geleng kepala. Wajahnya agak murung.

"Hari-hari bawa bekal nasi goreng."

"Abang marah ibu?"

"Di sekolah abang asyik kena perli. Kawan-kawan panggil abang ni Wariman Nasi Goreng. Sesekali bawa duit, nak ke kantin pun abang rasa kekok."

"Kesian abang. Tapi apa nak buat bang, ibu tak ada duit. Ayah sakit tak boleh kerja."

Fatihah menghantar Wariman hingga ke pintu pagar.

"Baik-baik jalan, bang. Kereta banyak. Nanti kena langgar mati. Adik sayangkan abang, adik tak mau abang mati."

Wariman tidak menyahut. Dipercepatkan langkahnya. Sesungguhnya dia amat mengagumi adiknya itu. Keletah, cerdik, dan bergeliga otaknya. Jiran-jiran kagum dengan kepintaran Fatihah, adiknya.

Walaupun dua tahun lagi Fatihah akan mula bersekolah, namun dia sudah mampu membaca dan mengira. Sekali diajar, terus melekat di otaknya. Sebagai seorang abang, Wariman bangga mempunyai seorang adik seperti Fatihah yang ubun-ubunnya masih lembiktetapi suka berlagak seperti orang dewasa.

Ketika dia membaca buku, adiknya itu akan duduk dekatnya tanpa jemu dan memintanya supaya buku dibaca dengan suara yang kuat. Buku-bukunya yang bersepah akan disusun dan diatur rapi oleh Fatihah.

***

Petang itu, ketika pulang dari sekolah, jiran dan saudara mara berkumpul di rumah. Adakah ayah sudah pergi buat selama-lamanya? Jiran dan saudara mara kelihatan bermata merah.

Wariman bergegas naik ke rumahnya.

"Man! Kau anak yang baik. Rajin sembahyang," sapa Pak Imam yang memintas Wariman ketika dia hendak mula mendaki tangga. Suara Pak Imam gementar.

"Ayah saya dah mati, Pak Imam?" tanya Wariman. Air jernih mula melimpahi birai matanya.

"Saya tak akan ada ayah lagi?"

"Bukan ayah kau yang mati, Man."

"Habis?"

"Fatihah adikmu."

 "Fatihah? Ya Allah!"

Wariman merasakan dunia menjadi gelap gelita dan berputar, ligat. Badannya terasa melayang dan akhirnya dia tidak sedar apa yang berlaku.

"Macam mana adik boleh mati sedangkan pagi tadi dia masih sihat. Dia yang bawakan bekal dari dapur ke muka pintu untuk saya," raung Wariman.

"Adik kau mati dipagut ular tedung, Man," beritahu Pak Imam sambil menggosok kepala Wariman.

"Ular itu muncul di dapu rumah kau dan nyaris-nyaris memagut ayah kau yang tak berdaya nak lari. Adik kau cuba nak memukul ular itu dengan batang penyapu dan dia dipagut."

"Mana ular itu? Biar saya cincang lumat," raung Wariman, kuat.

"Ular itu dah jadi bangkai. Pak Imam dan jiran-jiran kau yang memukulnya."

"Ajal dan maut di tangan Tuhan, Man. Kematian seseorang itu tidak akan lewat atau cepat walaupun sesaat dari yang telah ditentukan."

"Saya ayangkan Fatihah adik saya, Pak Imam."

"Tuhan lebih menyayanginya, Man. Redailah kematiannya, Man."

"Dia masih terlalu baru hidup, Pak Imam. Dia tidak patut mati."

"Mati tak kenal usia, Man. Yakinlah bahawa kematian adikmu ada hikmahnya dan hanya Allah yang Maha Mengetahui."

Tidak mudah untuk Wariman terpujuk agar menerima hakikat bahawa Fatihah adiknya telah mati. Dia semacam terlupa untuk berasa malu. Dia meraung sekuat hati. Dia meratapi kematian adiknya. Tidak pernah dia menangis di khalayak ramai. Dia seorang yang pemalu. Kini dia tidak peduli jika orang lain melihat dia menangis.

"Dahlah, Man. Kasihanilah ibumu yang sedang bersedih atas kematian Fatihah dan bersimpatilah dengan ayahmu yang sedang sakit. Raunganmu akan membuatkan ibumu bertambah sedih dan ayahmu mungkin akan bertambah sakit. Ditangisi dan diratapi dengan airmata darah sekalipun adik kau yang dah mati tak akan hidup semula. Islam melarang meratapi dan menangisi kematian, Man," Pak Imam terus memujuk.

Walaupun pahit, mahu tidak mahu Wariman terpaksa menerima hakikat bahawa Fatihah adiknya sudah mati, hidupnya sekeluarga akan kehilangan seri.

Selesai upacara pengebumian, Wariman masih bertafakur di pusara adiknya walaupun semua saudara mara dan jiran sekampung telah pulang.

Entah berapa ribu kali dibacakannya al-Fatihah dan zikir untuk adiknya yang pernah berulangkali memintanya memastikan dia mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapinya tidak lama lagi.

"Abang mesti rajin belajar, jadi orang-orang pandai. Nanti jadi cikgu boleh bantu ayah ibu," pesanan arwah adiknya itu terngiang-ngiang di telinganya.

Dengan nama Allah, Wariman bersumpah di pusara adiknya yang masih merah dan basah, bahawa segala impian arwah adiknya akan diperjuangkan sampai jaya walaupun mungkin ibunya tidak mampu lagi menyediakan nasi goreng untuk dibawa bekal ke sekolah.

Dia juga bersumpah akan dibasahkan bibirnya dengan tasbih dan zikir supaya nanti dia, ayah dan ibunya akan menikmati hidup selesa di syurga!

 

Dewan Pelajar, Jun 1993

0 Pendapat.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see