Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com lifestyle on the net was here to say hello...!
astaga.com lifestyle on the net: I really enjoyed read your article, thanks (hot lifestyle news & Trick Magic Illusions)
astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com main kemari tuk sekedar senyum
Amir Hamzah: Jemputlah membaca sajak di blog saya. Terbaru, Sajak Buat Ayah
Nathalie: Welcome to the neighborhood. I hope you enjoy journaling as much as we do. If you are looking for helpful website resources I have a link to lots helpful sites! Good Luck and Best Wishes
GirlyGurl: Welcome to the community!

Please type in the four characters shown in the black box.

November 25th, 2005

10:17:50 AM

Yang Pergi Usah Ditangisi, oleh Sharifah Khairul Atikah

  • Perasaan Hari Ini:
  • Hikmah Pujangga: Berikan aku sepuluh orang anak muda, akan ku goncangkan seluruh dunia. Berikan aku sepuluh orang orang tua, aku hanya dapat menggondolkan sebuah bukit. -- Presiden Sukarno
  • Pengumuman: Saya akan menghadiri kursus selama tiga minggu di Langkawi bermula 26 Nov. sehingga 14 Dis. 2005

Pertama kali berjumpa dengannya, wajah itu begitu tenang. Matanya yang bundar itu memandangku mesra. Itulah sahabat baikku, Atifah. Tetapi di sebalik ketenangan wajahnya, dapat aku rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

"Kenapa termenung aje?" tegur satu suara. Aku berpaling memandang Nora sambil melempar senyum tawar.

"Macam ada masalah je..." tekanya.

"Tak ada apa-apa, Nora."

Aku kembali teringatkan Atifah yang sudah masuk dua minggu tidak datang ke sekolah. Bagaimanakah agaknya keadaan sahabatku ketika ini? Semoga Allah s.w.t. melindunginya. Setiap kali lepas sembahyang, aku tidak lupa untuk mendoakan supaya Atifah cepat sembuh dan kami sama-sama belajar seperti dulu. Semenjak ketidakhadiran Atifah ke sekolah, semangatku bagaikan turut hilang.

"Kringggg..." Deringan loceng menandakan waktu rehat telah pun berakhir. Aku mengeluh panjang lalu melangkah lemah menuju ke kelas 6 Mawar. Sebentar kemudian Cikgu Zaini melangkah masuk menuju ke meja guru.

"Assalamualaikum, cikgu."

"Waalaikumussalam. Hari ini kita akan menyambung kembali pelajaran semalam. Buka muka surat 56. Rina, baca rencana tersebut," arah Cikgu Zaini.

Selesai sahaja Rina membaca rencana itu, sesi soal jawab pun bermula. Selalunya akulah yang paling aktif menjawab soalan, tetapi hari ini aku sekadar menjadi pemerhati rakan-rakan sekelas mengambil bahagian.

"Sebagai kerja rumah, jawab soalan di muka surat 57. Besok Laily akan kumpulkan semua buku latihan dan hantarkan kepada saya," ujar Cikgu Zaini sebelum keluar.

Cikgu Amira yang mengajar matapelajaran berikutnya pula masuk. Dia tersenyum memandang kami seorang demi seorang.

"Syafikah, keluar ke depan sekejap," tiba-tiba dia memanggilku. Semua mata mengekori langkahku ke arah Cikgu Amira.

"Saya ada hal sedikit hari ini," ujarnya kepada kelas. "Laily, pastikan pelajar tidak membuat bising semasa ketiadaan saya dan bincangkan semua soalan yang terdapat di muka surat 15."

"Baik, cikgu."

"Mari Syafikah." Aku mengikuti Cikgu Amira ke keretanya.

"Kita nak pergi ke mana, cikgu?" soalku. Seketika Cikgu Amira memandangku.

"Kita akan melawat Atifah di hospital," sahutnya pendek sambil membelok kereta keluar dari kawasan sekolah.

"Kenapa cikgu? Adakah Atifah sudah beransur sembuh? Adakah dia telah boleh bercakap?" soalku bertalu-talu.

"Kita semua berharap dia akan segera sembuh dan kembali ke sekolah seperti biasa. Semasa cikgu melawatnya semalam, dia telah bercakap dan meminta ingin berjumpa dengan awak," jelas Cikgu Amira.

Hatiku gembira mendengar perkembangan tersebut. "Atifah, aku akan datang sebentar lagi," kataku sendiri.

Aku begitu tidak sabar ingin berjumpa Atifah. Sudah dua minggu aku tidak mendengar suaranya. Kami berkawan sejak di dalam Tahun 1 lagi. Sejak akhir-akhir ini Atifah sering sakit dan dua minggu lepas dia dimasukkan ke hospital.

"Kita dah sampai," Cikgu Amira mengejutkan aku dari lamunan. Kami segera bergegas keluar dari kereta.

Hatiku berdebar agak kencang tatkala kami melangkah ke wad di mana Atifah ditempatkan. Kami bertembung dengan seorang jururawat di luar pintu wad tersebut.

"Kakak, bagaimana keadaan pesakit yang bernama Atifah Ramli?" soalku tidak sabar.

"Atifah Ramli? Adik terlambat, dia baru saja meninggal dunia."

Kenyataan jururawat tersebut bagaikan api yang membakar diri. Benarkah? Aku terus meluru masuk. Sekujur tubuh Atifah terbaring kaku. Wajahnya pucat, tetapi masih ada segaris senyum di bibirnya.

"Bersabarlah," Cikgu Amira cuba menenangkan aku yang sudah tenggelam dalam lautan air mata.

"Ada surat untuk Cik Syafikah." Dengan pantas aku mencapai surat yang dihulurkan.

     Sahabatku Ika,

           Usahlah ditangisi pemergian ini. Berusahalah mencapai apa yang kita cita-citakan dulu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku yang paling baik selama ini.

     Sahabatmu, Atifah

Aku terkulai lemah di sisi seorang sahabat yang telah tiada lagi.

 

Majalah Adik, Jun 1994

 

0 Pendapat.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see